Wednesday, August 20, 2008

TEKNIK BEKERJA YANG EFEKTIF MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (Panduan Al Quran dan Hadith)

DRAFT

1. AMANAH


a. Allah swt tidak suka kepada orang yang bersifast khianat.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa. (An-Nisa: 107)


b. Tidak sempurna iman seseorang tanpa sifat amanah.

Sabda Rasulullah saw: Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji (Riwayat Ahmad)


c. Tidak amanah adalah satu tanda munafik

Sabda Rasulullah saw: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan salah satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Empat sifat itu ialah: Apabila diamanahkan ia khianat, Apabila bercerita ia dusta, Apabila berjanji ia mungkir, dan Apabila bertengkar ia mengenepi kebenaran. (Riwayat Ahmad)


d. Menunaikan amanah adalah tugas yang berat

Bahawa itu adalah sesuatu amanah dan ia di hari qiamat akan menjadi kerugian dan penyesalan kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan cara hak serta menunaikan kewajipan yang terpikul di atas bahunya.(Riwayat Muslim)


e. Amanah membawa rezeki

Sabda Rasulullah swa: Amanah membawa rezeki dan khianat membawa kefakiran (Riwayat Ad-Dailami)



2. BEKERJASAMA

a. Setiap orang mendapat ganjaran yang berpanjangan untuk setiap pertolongan yang diberikannya

Sesiapa yang member Syafa’at yang baik, nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya dan sesiapa yang memberikan Syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya dan ingatlah Allah maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (An Nisa – 85)


b. Tolong menolong antara saudara mara, teman sejawat dan jiran tetangga

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat serta jauh, dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki (An-Nisa: 36)


c. Sifat orang beriman suka tolong menolong kearah kebaikan

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadipenolong bagi setengahnyayang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan member zakat serta taar kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (At Taubah: 71)


d. Membantu orang dengan cara yang betul melalui jawatan rasmi dikira mendapat pahala

Abu Musa Al-Ash’ary (r.a) berkata:
Bersabda nabi s.a.w., Sesungguhnya orang muslim yang menjadi bendahari yang amanah, yang melaksanakan apa-apa yang diperintahkan kepadanya dengan sempurna dan suka hati, memberikanya kepada sesiapa yang diperintahkan memberikannya, maka bendahari itu termasuk salah seorang yang mendapat pahala sedekah. (Muttafaq ‘alaih)


e. Belas kasihan dan tolong menolong sesama manusia

Orang Islam itu adalah bersaudara, oleh itu ia tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya, sesiapa yang menolong saudaranya nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang islam nescaya
Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan-kesusahan pada hari qiamat. (Riwayat Ahmad)

3. BERTANGGUNGJAWAB

a. Setiap orang hendaklah bertanggungjawab

Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap orang bawahannya. Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu juga adalah bertanggungjawab terhadap jagaannya. (Riwayat Ahmad)

b. Bertanggungjawab dlm melaksanakan janji yg dilafazkan

Dan sempurnakan perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al isra ayat 34)

c. Tanggungjawab perlu dipikul sendiri

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Al baqarah ayat 286)

d. Orang yang tidak bertanggungjawab akan melakukan banyak kemudharatan.

Dan apa jua yang meninmpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan dosa)

TO BE CONTINUE...

1 comment:

digital signature PDF said...

I am one of the regular followers of your blog. I get to lot of new things with the help of your post. The information given in this post is very useful. Your posts are full of efforts. Thanks for working so hard for us. Keep it up.