Monday, August 11, 2008

FACING DEATH

KEHIDUPAN DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA
Kita semua akan menghadapi saat kematian, saat di alam barzah dan di akhirat kelak dimana amalan kita dihitung.

Jam terus berdetik… entah esok bernafas lagi?
Cukupkah bekalan kita?
Diterimakah ibadah kita?
Bersediakah kita menghadapi hari kematian?
Adakah Allah ampunkan dosa kita?
Adakah kita maafkan semua orang yang mengenali kita?
Adakah kita ahli syurga?
Adakah kita ahli neraka?
Bagaimanakah siksaannya?
Nak bayangkan masuk penjara pun kita takut …

KEHIDUPAN DI DUNIA INI SINGKAT…
Adakah kita seimbang di dalam mengejar dunia dan akhirat atau hanya dunia semata-mata?
Bagaimana untuk pastikan bahawa kita tidak sia-siakan dengan perkara-perkara yang merugikan, yang merungsingkan, yang menyiksakan dll?
Bagaimana untuk pastikan bahawa hidup kita diisi dengan Ketakwaan, Kemesraan, Kasih Sayang, Kegembiraan dan Ketenangan agar kita tidak terkilan dikemudian hari?
Eeee…takutnya nak menghadapi hari kematian yang entah esok atau lusa…

YA ALLAH, BERIKANLAH AKU & SAUDARA2KU KEKUATAN UNTUK BERUSAHA MENJADI HAMBA MU YANG MENDAPAT KEBAHAGIAAN DUNIA DAN JUGA KEBAHAGIAAN AKHIRAT. AMIN.

1 comment:

digital signatures said...

I really like your work. I really appreciate your creativity and ideas. Your article connects people with you. I want you to write your post in English as this is the one language which is understandable on large scale. Thanks for your idea.