Wednesday, July 30, 2008

SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

ADAPTASI

"SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU"


"An angel could not ask for a higher mission; for in doing this work she
is doing service for God"
"A mother is God's deputy on earth."

Kisah IBU

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang yang mendoakan aku juga Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

SEKARANG AKU ADA PASANGAN SENDIRI

Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu

Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk Ibuku

Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila ibu nak bercuti bersamaku...aku tidak mahu

Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku lupa nak ucap Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat padaku

Aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku akan talipon Ibu

Hingga saat ini...
Ibu tak pernah merungut padaku
Ibu tak pernah minta padaku
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah".
Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun
aku mampu. Aku boleh kirimkan.

Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh
ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!

Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah. So.. bagi yg masih
ada Ibu... renungkan lah sebelum terlambat

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"
Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian
ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Oleh itu...
• Ziarahlah ibu bila ada kesempatan. Sebelum kamu terpaksa menziarah pusaranya..
• Kirimkan ibu walaupun lima puluh ringgit. Namun wang bukan impiannya, hanya ingatan jadi taruhan
• Andai ibumu telah pergi.. kamu juga SANGAT beruntung kerana anak yang soleh selalu berpeluang mengirimkan doa untuk ibunya!
• Hubungilah ibu hari ini, jangan tangguhkan ke hari esok, kerana esok belum tentu.

Sesungguhnya, kehidupan ini ibarat roda, jika kita mahu mempunyai anak yang solleh, kita jadilah anak yang solleh. Jika kita takut mendapat anak derhaka, janganlah kita jadi anak derhaka...Ingatlah, Syurga itu Di Bawah Tapak Kaki IBU...