Tuesday, June 3, 2008

TEKNIK MENGKRITIK PELAJAR SECARA BERKESAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Ditulis oleh: Nurussobah Hussin


Sebagai seorang pendidik, kita bertanggungjawab mencorakkan pelajar agar menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kritikan atau teguran boleh diibaratkan sebagai kenderaan utama untuk pelajar bergerak mencapai kejayaan. Melaui kritikan dan teguran, pelajar mengetahui kelemahan mereka dan juga apa yang perlu mereka perbaiki di masa hadapan. Oleh itu, kritikan adalah salah satu daripada teknik mendidik namun kritikan yang dibuat haruslah berhemah agar ia dapat memberi kesedaran, pengajaran dan dapat diterima pelajar. Sebagai seorang Islam, kita mempunyai Al Quran dan hadis sebagai rujukan. Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menjelaskan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menerangkan perkara yang baik dan tidak baik.

Berikut adalah teknik mengritik secara berkesan:

Kritikan haruslah di buat secara persendirian atau privasi

Kritikan kepada seseorang individu haruslah secara persendirian atau privasi. Ini amat bertepatan dengan sabda rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat". Mengkritik dengan mengherdik atau meninggikan suara sehingga di dengar atau di ketahui oleh orang lain adalah tidak wajar. Sesungguhnya, salah satu daripada sabda Rasullullah s.a.w tentang maksud kebaikan pada diri seseorang ialah apabila seseorang itu dapat mengawal diri mereka. Selain itu, Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al Hujuraat ayat dua yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi dan janganlah kamu berkata dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain supaya tidak terhapus (pahala) amalanmu.


Mulakan kritikan dengan pujian dan keihklasan

Menghidupkan suasana yang harmoni dimana mulakan kritikan dengan pujian contohnya apabila pendidik mengemukakan soalan secara lisan untuk di jawab oleh pelajar di dalam kelas, jika pelajar menjawab dengan salah, pendidik boleh mengritik dengan kata-kata perangsang seperti...Satu percubaan yang baik tetapi kurang tepat..... Pujian adalah digalakkan di dalam Islam. Sesungguhnya Allah s.w.t amat menyukai pujian sehingga Rasullullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Tidak ada seorang pun yang lebih suka kepada pujian selain daripada Allah s.w.t, kerana itulah Dia memuji Zat-Nya sendiri. Begitu juga tidak ada seorang pun yang lebih marah daripada Allah s.w.t, itulah sebabnya Dia mengharamkan perbuatan keji. Selain itu, kritikan dengan wajah yang ikhlas dan manis akan lebih mudah diterima pelajar.

Kritik hanya pada kesilapan yang dilakukan

Apabila seseorang pelajar melakukan kesilapan, kritikan haruslah kepada kesilapan yang dilakukan dan bukan kepada diri atau keperibadian seseorang. Umpamanya mengeluarkan kata-kata seperti malas, lembap, degil dan sebagainya. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al Nisaa’ ayat 148 yang bermaksud: Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi.’ Selain itu, orang-orang Islam dilarang menghina sesama mereka sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya“.


Sediakan jawapan

Apabila kita mengkritik kesilapan seseorang itu, kita haruslah menerangkan dengan jelas kesalahan yang dilakukan. Ini dapat dilakukan dengan memberi sebab dan juga jawapan atau cara yang betul bagi menanggani kesalahan tersebut agar pelajar mengetahui di mana silap mereka. Dengan ini, pelajar akan dapat belajar dari kesilapan. Ini adalah salah satu sebab kenapa pendidik digalakkan memulanggkan kertas-kertas ujian kepada pelajar.


Jangan mengkritik perkara yang sama berulang kali

Kritikan haruslah dibuat hanya sekali dan bukan mengungkit kesilapan yang sama berulang-ulang. Kritikan yang berulang-ulang bukan memberi kesan yang baik tetapi akan mendatangkan marah bagi orang yang menerima kritikan. Sebagai manusia, kita tidak sempurna, oleh itu kita tidak boleh terlalu ghairah mengkritik sehingga melukakan perasaan seseorang.


Mendengar penjelasan

Beri peluang kepada pelajar untuk memberi penjelasan dan meluahkan apa yang tersirat di hati agar terurai segala salah faham. Ini dapat melapangkan minda mereka dan menerima teguran dengan ikhlas.


Tamatkan kritikan dengan baik

Tamatkan kritikan dengan kata-kata manis agar tidak menimbulkan ketidakpuasan hati pada pelajar tersebut. Contohnya.. saya tegur kerana sayangkan pelajar saya, awak mempunyai masa depan yang cerah jadi jangan mudah putus asa dan sebagainya. Kata-kata yang negatif hanya akan mengeruhkan keadaan di mana tiada faedah yang akan diperolehi. Ini bertepatan dengan Hadis Anas b. Malik r.a di mana Rasullullah s.a.w telah bersabda yang membawa maksud `Aku tidak akan berkata sesuatu melainkan perkataan yang disukai oleh tuhanku’.

Sesungguhnya, kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan kesalahan ialah memberikan nasihat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: `Agama itu ialah nasihat’. Ada yang berkata `untuk siapa ya Rasulullah’. Sabdanya `untuk Rasul-Nya, untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan mereka’. Oleh yang sedemikian, jika kritikan dilakukan dengan teknik dan cara yang betul berlandaskan Al quran dan hadis, insyaalaah, krtikan akan membawa kepada kebaikan, kejayaan dan kesempurnaan. Maka secara tidak langsung, generasi yang berakhlak mulia dapat di bentuk.



References

Al-Bayan: Hadiths authenticated by Al-Bukhari and Muslim. [CD-ROM] (2003). Riyadh: Harf Informatic Technology.

Al-Quran dan terjemahannya. (1412/2001). Madinah Munawarrah: Komplek Percetakan Al_Quran Khadim Al Haramain Asy Syarifain Raja Fdd.
Giblin, Leslie. (2003). S

No comments: